PENCARIAN AGEN 3R
 

AGEN 3R

 

3R (RESPEK, RELAKS, RESPON), rancangan televisyen yang memenangi pelbagai anugerah ini pertama kali disiarkan pada tahun 2000. Berimpak dan keluaran asli, rancangan 3R bukan sahaja memberikan suara yang progresif untuk golongan wanita muda, tetapi juga memperkasa seluruh generasi terhadap isu-isu seperti diskriminasi, keganasan, perhubungan, seksualiti, gaya hidup dan banyak lagi. 3R juga melangkah jauh dan meluaskan pengaruhnya lebih daripada hanya sebuah rancangan televisyen. 3R berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti daratan bersama komuniti sejajar dengan objektif memperkasa golongan wanita muda, dan menerima lebih daripada 200,000 kehadiran sepanjang beberapa tahun.

 

Kini, 3R akan digerakkan oleh Agen-Agen Perubahan – Individu-individu muda pintar yang berani mengekspresikan diri

 

PENCARIAN AGEN 3R

 

AGEN 3R adalah platform bertujuan untuk membentuk agen-agen perubahan golongan muda melalui kuasa penggunaan kandungan online. Mensasarkan golongan muda berumur 18-27 tahun, pencarian Agen 3R akan dibuka kepada seluruh Malaysia. Kami mengajak individu-individu ataupun berkumpulan sehingga 3 orang untuk menghantar hasil video mereka mengenai topik-topik berkenaan gaya hidup, keselamatan, identiti, dan perhubungan.


3R akan memilih peserta daripada permohonan-permohonan yang diterima untuk dilatih dalam bengkel khas AGEN 3R. Mereka akan belajar kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menerbit, mengarah, dan menghasilkan video mereka yang tersendiri. Setelah graduasi bengkel, agen-agen 3R ini akan diberikan misi untuk menghasilkan video penceritaan yang merangkumi isu-isu sosial dekat dihati mereka.

 

Proses pemilihan, latihan dan akhirnya pengumuman Agen-agen 3R akan dikongsi dan disiarkan di FEEFO.TV

 

AGEN 3R. BERANI. BERFIKIR. BERTINDAK

 

 

 

3R (RESPECT, RELAX, RESPOND), the award winning infotainment television programme was first aired on television in the year 2000.  Groundbreaking, edgy and original, the programme not only gave a progressive voice to young women, 3R was also key in empowering a whole generation on issues like discrimination, violence, relationships, sexuality, lifestyle and many more.

 

More than just a television show, 3R has organized many ground activities in line with the objective of empowering young women with over 200,000 attendances over the years.

 

Now 3R will be driven by Agents of change -  Empowered smart young individuals who want to bravely express themselves.

 

AGEN 3R is a platform aimed at producing young agents of change through the power of online content. Targeting youths from the age of 18-27 years old, the 3R Agent search will be conducted nationwide. We invite individuals or groups of up to 3 people to send us their videos about any topic related to lifestyle, safety, identity and relationships.


3R will select participants from these entries to be trained in a special AGEN 3R workshop. There they will learn skills to be able to produce, direct and host their own videos. Upon graduation of the workshop, these 3R Agents will be given missions to capture stories that cover social issues close to their hearts.


This whole process of searching, training and finally unleashing the 3R agents will be captured and their videos will be aired on FEEFO.TV

 

AGEN 3R. BERANI. BERFIKIR. BERTINDAK